Pada hari ini, telah berlangsung bengkel MATLAB di Makmal 15, Pusat Pengajian Sains Matematik. Bengkel yang dianjurkan oleh Kelab Matematik ini diadakan dari jam 9.00 pagi sehingga 3.30 petang. Tutor bagi bengkel MATLAB ini ialah En. Habibis Saleh yang merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah (Matematik) yang diselia oleh Prof. Dr. Ishak bin Hashim. Peserta-peserta bengkel pula terdiri daripada pelajar-pelajar Sarjanamuda Matematik, Statistik dan Sains Aktuari.
Pengisian bengkel pada kali ini ialah asas tentang penggunaan perisian MATLAB, iaitu bagaimana cara untuk melakukan operasi pengiraan yang mudah, cara memplot graf dan operasi-operasi yang biasa kita lakukan dalam matrik. Seterusnya peserta-peserta diajar bagaimana untuk melakukan pengoptimuman, "looping" dan menggunakan M-File. Sekiranya anda inginkan nota perisian MATLAB ini, anda boleh mendapatkannya di komputer Dewan Kuliah DKG 124 SM.
Sesungguhnya aktiviti yang diadakan ini amat bermanfaat kepada semua pelajar, terutamanya pelajar Pusat Pengajian Sains Matematik. Adalah suatu kerugian yang besar bagi pelajar-pelajar yang tidak menghadirkan diri ke bengkel ini. Namun, anda tidak perlu risau kerana bengkel ini akan diadakan pula pada hari Rabu, 18 Mac 2009 pada waktu yang sama di tempat yang sama. Tempat adalah terhad, maka cepat-cepatlah mendaftarkan diri di Pejabat Am, Pusat Pengajian Sains Matematik.
Sedikit pengenalan berkenaan perisian MATLAB ini:
Matlab merupakan bahasa pengaturcaraan yang hadir dengan fungsi dan karakteristik yang berbeza dengan bahasa "programming" lain yang dicipta terlebih dahulu seperti Delphi, Basic maupun C++. Matlab merupakan bahasa "programming" tahap tinggi yang dikhaskan untuk keperluan komputasi secara teknikal, visualisasi dan pengaturcaraan seperti komputasi matematik, analisis data, pengembangan algoritma, simulasi dan pemodelan dan grafik-grafik perhitungan. Matlab hadir dengan membawa warna yang berbeza. Hal ini kerana Matlab membawa keistimewaan dalam fungsi-fungsi matematik, fizik, statistik, dan visualisasi. Matlab dikembangkan oleh MathWorks, yang pada awalnya dibuat untuk memberikan kemudahan mengakses data matrik pada projek LINPACK dan EISPACK. Kini, Matlab memiliki ratusan fungsi yang dapat digunakan sebagai penyelesai masalah mulai dari yang mudah sehinggakan masalah-masalah yang kompleks dari pelbagai bidang ilmu.

1 comment:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment